~~L.i.L.y.S.u.R.i.a~~®


Blog For Free!


Archives
Home
2006 July
2005 March
2004 October

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images

Sponsored
Create a Blog!



Marah & bagaimana cara untuk menghilangkan Marah
07.12.06 (4:08 am)   [edit]

Marah & bagaimana cara untuk menghilangkan Marah

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar, api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara. Meskipun diusahakan menyiram, maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.

Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang juga lah pemarahnya. Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan "Inna lillahi wainna lillahi raji'un". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : "Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan di hadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman" Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya. Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia "tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari AllahYang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kitadaripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz (A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripadatidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insya Allah kemarahan akan mulai reda. engan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal. Berbanyakkanlah beristighfar kerana itulah senjata orang² mukmin.



 
Perkahwinan : Memasang Niat Sebelum Berkahwin
07.11.06 (4:22 am)   [edit]

Setiap pasangan yang akan berkahwin hendaklah memasang niat-niat yang baik, sesuai dengan tujuan-tujuan perkahwinan yang telah digariskan oleh Islam; antaranya:

Ingin meramaikan umat Islam. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan yang membiakkan dari kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. (an-Nisa': 1)

Membersihkan zuriat dalam keluarga Islam. Firman-Nya yang bermaksud: Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis diri kamu sendiri, dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cicit, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengikari nikmat Allah? (an-Nahl: 72)

Menceriakan kehidupan umat, seperti maksud firman Allah s.w.t: Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. (ar-Rum: 21)


Membantu menyuburkan iman. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain, mereka menyuruh membuat kebajikan dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. (at-Taubah: 71)

Tujuan-tujuan sebegini wajar diteliti oleh setiap orang yang hendak berkahwin agar perkahwinan itu dibina di atas landasan yang betul dan kuat serta dikaitkan dengan kepentingan agama. Namun demikian, ini tidak bermakna Islam menafikan kepentingan peribadi dalam setiap perkahwinan. Malah di atas kepentingan peribadi itulah dibina
kepentingan Islam tadi, sesuai dengan maksud beberapa hadis berikut:

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Kahwinilah perempuan yang keturunan anak ramai, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah." (Riwayat Abu Daud dan Nasa'i).

Untuk menambah bilangan umat Islam ke tahap yang membanggakan Rasulullah, mestilah dengan keinginan seks. Seorang yang berkahwin tanpa ada keinginan seks tidak akan menghasilkan zuriat, malah orang yang tidak bernafsu seks tidak dibenarkan berkahwin. Untuk mencapai kehendak Rasulullah di atas maka setiap kali melepaskan keinginan
seks, niatkan untuk menambah bilangan umat yang bertaqwa.

Rasulullah bersabda, maksudnya:
Pilihlah tempat menyimpan air mani yang baik (isteri solehah) dan kahwinilah wanita yang sepadan." (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim). Pilihan yang tepat ada kaitan dengan zuriat keturunan. Perhubungan seks dengan pasangan yang baik itu menjadikan zuriat keluarganya baik- baik juga. Sebaliknya, jika keturunan salah satu dari pasangan itu terdiri daripada orang yang pernah membuat maksiat maka kesannya akan menjalar kepada zuriatnya pula.

Rasulullah bersabda:
Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia enggan, maka tidurlah suami itu dalam keadaan marah kepadanya. Akibatnya malaikat turut marah kepadanya sehingga Subuh. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hubungan seks boleh menceriakan hati pasangan suami isteri. Tanpanya akan menjadikan hati pasangan menjadi gundah, menderita dan tidak tenang. Isteri perlu sedar tanpa berkahwin pun seseorang itu boleh memakai pakaian bersih, boleh makan makanan yang enak dan boleh berhibur hati, tetapi tanpa perkahwinan dia tidak boleh menyalurkan
keinginan seks secara halal. Kerana itu, hormatilah suami demi menceriakan jiwanya.

Rasulullah pernah juga bersabda yang menggambarkan apabila seseorang itu berkahwin menangislah para syaitan dan sembahyang orang yang berkahwin lebih pahalanya daripada mereka yang belum berkahwin. Dengan berkahwin, seorang isteri itu akan terbela kehidupannya, terselamat kehormatannya manakala suami pula tidak akan terjebak lagi
dengan dosa dan maksiat kerana semuanya ada di dalam rumah tangga mereka. Ini dengan sendirinya boleh meningkatkan iman dan taqwa masing-masing. Begitulah antara sebab mengapa perkahwinan disyariatkan dan begitu dititikberatkan. Seorang lelaki tidak minta
dirinya dikahwinkan, wanita tidak minta dirinya dilamar dan janda tidak minta diri dan anak-anaknya dibela melainkan hanya untuk kepentingan Islam. Demi mahu merebut kasih sayang, rahmat dan redha Allah sebagai jambatan selamat menuju ke hari akhirat.

 



 
Pesan Ilmuan Islam
03.08.05 (2:11 am)   [edit]

Imam Ghazali berkata:
"Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji."


 


Tapi bagaimana Rasulullah apabila beliau marah? Kemarahannya adalah kerana kebenaran, ertinya kerana kebenaranlah baginda melahirkan kemarahannya. Tetapi dengan cara sopan, sesuai dengan do'anya ini, iaitu:
"Aku pohonkan kepada Engkau kalimat kebenaran pada masa marah dan suka."



Maksudnya, Rasulullah tidak berkata kecuali yg benar saja sama ada waktu marah atau waktu tidak marah. Kemarahan Rasulullah saw kerana ada perkara yg tidak disukai yg menyalahi dari yg benar sebagaimana yg diajarkan agama atau yg terang-terang dilarang oleh agama.  [Kitab Matan al-Arba'in - Sheikh Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al-Nawawi] Pesanan Abi Sa'iid Al-Khudri Abi Sa'iid r.a adalah salah seorang kalangan para Sahabat Nabi yang pernah menyumbangkan nasihat yang bernilai antaranya:

"Bertaqwalah engkau kepada Allah;kerana taqwa itu pokok segala kebaikan; Dan berjuanglah;kerana perjuangan itu rahbaaniyyah al- islaam (sebagai suatu ibadah); Peganglah Al-Quran, sebab dia menjadi cahaya kepada penduduk bumi; dan sebutan baik kepada penduduk langit; Seterusnya diamlah, kecuali dalam kebaikan kerana dengannya engkau dapat mengalahkan syaitan."



Pesanan Imam Khalid kepada puteranya Imaam Khaalid pernah berpesan kepada anaknya, dengan pesanan:
"Wahai anakku, aku berpesan kepada engkau akan dua perkara yang apabila engkau berpegang dengannya, maka sentiasalah engkau memperoleh kebaikan,iaitu:


1. Wang engkau untuk keperluan hidup engkau.


2. Dan Agama engkau untuk hari pulang engkau (keperluan akhirat).



 
Dalil Naqli dan Aqli tentang kewajipan mengenal sifat ALLAH
03.08.05 (2:09 am)   [edit]

Perlulah kita ketahui bahawa persoalan iman atau persoalan tauhid adalah merupakan ajaran yang terpenting atau yang terpokok di dalam Islam. Ibarat sebatang pokok, iman dan tauhid adalah merupakan akar tunjang baginya. Di dalam kitab dikatakan 'AWALUDDIN MAKRIFATULLAH' ertinya awal-awal agama ialah mengenal Allah. Kalau seseorang itu tidak mengenal Allah, segala perintah suruh yang dibuatnya serta segala perintah larang yang dijauhkannya yang mana adalah merupakan anugerah yang hendak dipersembahkan kepada Allah S.W.T. tidak akan sampai.


 


Kemudian perlu kita ingat bahawa segala perintah suruh yang kita buat samada yang berbentuk fardhu mahupun sunat dan segala perintah larang yang kita jauhi samada yang berbentuk haram ataupun makruh, semua itu adalah berupa amal bakti yang hendak kita persembahkan kepada Allah S.W.T. Manakala kalau kita tidak kenal Allah S.W.T. maka segala amal bakti itu tidak akan sampai. lbarat kita di dunia ini hendak memberi satu hadiah kepada seorang raja sedangkan kita tidak kenal raja itu. Maka hadiah yang hendak kita sampaikan itu tidak akan sampai kepada raja itu. Bila kita sampai ke istana, kita nampak pembesar istana dan kita pun menyangka dia raja dan terus memberikan hadiah itu kepadanya. Kita ingat pembesar istana itulah raja tetapi rupa-rupanya dia bukan raja. Kerana itu kita perlu kenal sungguh-sungguh kepada raja itu, barulah senang kita hendak menyampaikan hadiah kita itu kepadanya.


 


Begitu jugalah dengan segala amal bakti kita yang hendak kila hadiahkan kepada Allah S.W.T., kita mesti mengenal Allah S.W.T. Sungguh-sungguh, maka barulah hadiah kita itu sampai kepada-Nya. Dengan sebab itulah, di dalam ajaran Islam, mula-mula sekali ialah mengenal Allah S.W.T. Bila seseorang itu telah kenal Allah S.WT., maka apabila dia berpuasa, puasanya sampai kepada Allah; dia bersembahyang, sembahyangnya sampai kepada Allah S.W.T. dia berzakat, zakatnya sampai kepada Allah; dia naik haji, hajinya sampai kepada Allah; dia berjuang, dia berjihad, dia bersedekah dan berkorban, membuat segala amal bakti, semuanya akan sampai kepada Allah S.W.T.


 


Kerana itulah, mengenal Allah ini adalah amat penting kepada kita.Dan untuk kita mengenal Allah melalui sifat-sifat yang wajib bagiNya iaitu yang sebanyak 20 sifat, adalah dengan cara dalil-dalil 'aqli dan dalil-dalil naqli.


 


Adapun dalil-dalil 'aqli adalah dalil-dalil yang bersumberkan akal manakala dalil naqli adalah dalil yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah. Melalui dalil 'aqli dan dalil naqli ini sahajalah baru kita dapat mengenal Allah. Kemudian setelah kita dapat mengenal Allah untuk mengesahkan pengenalan itu, kita mesti menempuh empat syarat. Tanpa kita menempuh empat syarat ini, maka tidak.sah pengenalan kita kepada Allah atau tidak sah makrifah kita kepada Allah S.W.T. Yang pertama ialah percaya adanya Allah. Yang kedua ialah jazam yang qat'ii iaitu keyakinan kita kepada Allah ialah dengan keyakinan yang sungguh-sungguh tidak dicelahi oleh sebarang syak, dzan atau waham.


 


Dengan lain-lain perkataan, keyakinan kita kepada Allah begitu padu dan kental, tidak goncang dan ragu walau sedikitpun samada ragu itu bertaraf syak, dzan atau waham. Kalau syak bererti percaya kita di antara 50% ragu dan 50% percaya. Kalau dzan bererti percaya kita lebih dari ragu seperti 75% percaya 25% ragu. Kalau waham pula bererti ragu kita lebih dari percaya seperti 25% percaya 75% ragu. Kemudian syarat yang ketiga dikatakan bersetentangan dengan yang benar yakni selaras dengan yang sebenarnya. Ertinya setelah kita meyakini sungguh-sungguh tentang adanya Allah, keyakinan itu mestilah bersetentangan dengan yang sebenar. Dan syarat yang keempot ilah, meti ada dalil.


 


Demikianlah 4 syarat yang mesti ada pada kita untuk mengesahkan pengenalan kita kepada Allah S.WT. Yakin kita akan adanya Allah dan keyakinan kita jtu pula adalah secara padu tanpa sebarang syak, dzan atau waham. Seterusnya keyakinan yang padu itu pula mestilah bersetentangan dengan yang sebenar serta cukup dengan keterangan-keterangan atau dalil atau bukti walaupun secara ijmal atau secara ringkas. Dan kalau kita telah memiliki 4 syarat di atas tadi, maka kita dikatakan telah mengenal Alldh secara akal. Maka sahlah aqidah yang demikian. Apakah kita telah memiliki keempat-empat syarat itu? Kalau sekiranya kita tidak mempunyai 4 syarat ini, bermakna kita belum. mengenal Allah dan apabila kita belum mengenal Allah, apa yang kita telah buat selama ini menjadi sia-sia belaka. Sia-sialah sembahyang kita selama ini, sia-sialah puasa kita, sia-sialah haji kita, sia-sialah perjuangan dan jihad kita dan sia-sialah apa saja amal bakti kita selama ini kerana kita belum bagi benar-benar mengenal Allah S.W.T.


 


Kerana itu amat perlu sekali kita ingat di sini bahawa kalau sekadar di dalam diri kita ada rasa bertuhan, itu belum dikatakan beraqidah atau beriman. lni adalah kerana rasa bertuhan itu adalah fitrah semulajadi manusia. Ia samalah seperti rasa tahu susah, tahu senang, ingin pandai, ingin bahagia dan sebagainya. lni semua dikatakan fitrah atau tabiat semulajadi manusia. Hal-hal ini tidak perlu diajar dan dipelajari kerana ia memang sedia ada. Umpamanya, kalau kita mendapat sesuatu yang menyukakan, hati kita akan rasa terhibur. Begitu jugalah kalau kita mendapat sakit, hati kita akan merasa kesusahannya. Semua ini telah menjadi naluri manusia yang Allah bekalkan bersama-sama tubuh kasar kita ini.


 


Semua manusia, tidak kira apa bangsa atau kaum, rasa bertuhan itu memang sudah ada di dalam jiwa masing-masing. Hatta orang yang berfahaman komunis pun ada rasa bentuhan di dalam jiwanya. Cuma kerana orang komunis ilu, rasa marah kepada orang yang percaya kepada Tuhan, mereka tidak mengakui adanya rasa itu di dalam jiwa mereka. Jadi, kalau hanya ada rasa bertuhan di dalam diri kita, itu belum cukup lagi untuk mengesahkan aqidah dan iman kalau sekiranya 4 syarat tadi tidak ditempuhi. Bukti yang menunjukkan bahawa rasa bertuhan itu adalah fitrah semulajadi manusia, cuba kita perhatikan apa firman Allah S.W.T. di dalam sepotong ayat yang bermaksud berikut:


 


'Jika kamu bertanya kepada mereka (orang-orang kafir) siapakah yang menjadikan langit dan bumi ini, nescaya mereka akan menjawab, "Allah/ah"."


 


Kita dapati di sini betapa orang-orang kafir pun mengakui adanya Tuhan pencipta langit dan bumi ini tetapi mengapakah mereka masih dianggap kafir? Ini adalah kerana pengakuan yang mereka buat itu adalah pengakuan dan fitrah semulajadi mereka dan pengakuan ilu tidak menempuh 4 syarat yang dikehendaki untuk mengesahkan aqidah dan iman. Mungkin mereka percaya adanya Tuhan sekalian alam dan mereka yakini kepercayaan itu sungguh-sungguh tetapi keyakinan mereka tidak bersetentangan atau selaras dengan yang sebenanya.


 


Mereka menggambarkan Tuhan dengan berbagai-bagai rupa seperti ada misai, ada kepala, ada belalai, ada janggut dan lain-lainnya. Ini  bermakna, tidak bersetentangan dengan yang sebenar kerana Tuhan sebenarya tidak demikian. Sebab itulah aqidah mereka tidak sah walaupun rasa bertuhan itu sudah ada. Sebab itulah mereka tetap juga dianggap kafir.


 


Begitu juga kita ambil orang-orang Kristian sebagai contoh. Apakah mereka tidak percaya kepada Tuhan? Jawabnya, mereka begitu percaya adanya pencipta langit dan bumi ini, malah kepercayaan mereka begitu padu dan kental. Tetapi mengapakah mereka tetap kafir? lni adalah kerana kepercayaan mereka itu tidak bersetentangan daripada yang sebenar. Tuhan yang sebenamya adalah Esa iaitu satu sahaja tetapi bagi orang Kristian, mereka mengatakan Tuhan 3 atau yang mereka sebut 'TRINITY". Pada mereka ada Tuhan bapa, ada Tuhan anak dan ada Tuhan syurga. Apakah ini betul? Jawabnya tidak dan kerana itu orang-orang Knstian itu tetap kafir kepada Allah walaupun mereka percaya adanya Tuhan. Makrifah mereka kepada Allah tidak sah. Seterusnya, begitu jugalah dengan orang yang bert'aqlid. Aqidahnya atau imannya dikira tidak sah kerana dalil atau buktinya tidak ada. Tadi telah kita katakan bahawa untuk mengesahkan aqidah mesti ada 4 syarat yang mana termasuk ada dalil dan bukti. Manakala orang yang imannya t'aqlid, aqidahnya tidak sah kerana salah satu syarat yang 4 itu tidak ada.


 


Orang yang beriman t'aqlid sekadar percaya adanya Tuhan tetapi tidak ada dalil dan keterangan. Dia tidak mempunyai hujjah secara ilmiah. Kepercayaannya sekadar ikut-ikut saja. Oleh kerana ibu dan ayahnya percaya ada Tuhan, dia pun percaya. Dia pernah dengar kawan-kawannya menceritakan tentang adanya Tuhan yang menjadikan seluruh alam ini, dia pun ikut percaya. Tetapi kalau kita tanya orang yang beriman taqlid in bukti-bukti serta dalil-dalil tentang adanya Allah, dia tidak dapat memberikan hujjahnya. Dia hanya percaya tetapi kepercayaannya tidak berdasarkan dalil-dalil ilmiah. Maka itu, imannya tidak sah. Daripada 4 syarat yang dikehendaki untuk mengesahkan iman, satu danpada syaratnya kekurangan. Kemudian, kalau sekiranya seseorang itu sudah mempunyai 4 syarat yang dikehendaki untuk mengenal Allah, maka iman atau aqidahnya sudah dianggap sah. Dia dikatakan sudah mengenal Allah berdasarkan ilmu pengetahuan kerana selain daripada dia yakin, yakinnya pula adalah padu serta bersetentangan pula dengan yang sebenar dan kemudian dia ada dalil dan bukti. Tetapi amatlah perlu kita ingat di sini, walaupun seseorang itu sudah dapat mengesahkan iman dan aqidahnya kerana ia sudah menempuh 4 syarat yang dikehendaki itu, namun imannya baru dikatakan mempunyai tapak.


 


Nisbahnya adalah seperti benih yang sudah ditanam di atas tanah yang sesuai dengannya. Yang perlu ada selepas ilu ialah untuk menyuburkannya supaya ia tumbuh dan membesar hingga ia berbuah. Ini adalah dengan menyiram benih itu setiap hari dengan air. Kemudian ia diberi baja supaya bertambah subur dan tapaknya sentiasa digembur supaya kekuatan akarnya bertambah kukuh dan kemas. Dan begitulah dengan orang yang sudah mempunyai iman yang telah menempuh 4 syarat untuk mengenal Allah tadi. Dia sudah mempunyai benih iman. Aqidahnya sekadar sudah sah tetapi belum bererti yang aqidah itu sudah cukup sempurna. lman itu perlu disuburkan dengan amal ibadah seperti bersembahyang, berpuasa, berzakat, naik haji, berjuang dan berjihad, bersedekah, berkorban, dengan mengikut segala perintah Allah dan dengan menjauhi segala larangan Allah.


 


Segala-galanya itu adalah merupakan baja kepada iman supaya ia menjadi subur dan sempurna. Ia juga adalah merupakan air yang untuk menyuburkan iman. Tetapi di sebaliknya, kalau sekiranya benih iman itu tidak ada, apakah dengan memberi baja serta menyiram air boleh menyuburkannya? lbarat kalau di dalam tanah itu tidak ada benih, apakah dengan kita menyiram air atau menabur baja, boleh mencambahkan hingga menjadi pokok? Tentu mustahil kerana di dalam tanah itu tidak ada benih, macam manalah pokok hendak tumbuh! Samalah kalau iman belum bertapak disebabkan seseorang itu belum mengenal Allah melalui 4 syarat tadi, bagaimana sembahyang boleh menyuburkan iman? Begitu juga bagaimana berpuasa boleh menyuburkan iman? Seterusnya bagaimana naik haji, berjuang dan berjihad serta Iain-lainnya boleh menyuburkan iman? Bagaimana boleh ia subur sedangkan asas atau tapak imannya tidak ada!


 


Ertinya, dia boleh bersembahyang, boleh berpuasa, boleh naik haji, boleh berjuang dan berjihad serta boleh melakukan-segala amal bakti tetap semuanya tidak dapat memberi kesan kepada imannya kerana ia belum bertapak di dalam dirinya. Untuk iman hendak bertapak, kita mesti mengenal Allah melalui 4 syarat itu, barulah iman kita berbenih. Tetapi, apakah ia sudah cukup dan sempurna? Jawabnya, tidak. Ia mesti disuburkan dengan bersembahyang, berpuasa, berzakat naik haji dan membuat segala amal bakti yang lain.


 


Dengan demikian, iman kita akan menjadi sempurna hingga ia pergi kepada iman ayyan atau iman orang soleh. Kemudian, manakala kita usaha-usahakan lagi hingga menambah kesempurnaannya, maka ia boleh dipertingkatkan hingga kepada iman haq dan iman haqiqah. Itulah yang dikatakan kesempurnaan iman. Dengan sebab itulah kita katakan yang kalau seseorang itu sudah mengenal Allah setelah menempuh 4 syarat tadi, baru sah imannya. Tetapi imannya itu belum cukup sempurna. Dia baru ada tapak iman atau dalam lain-lain perkataan, asas iman sudah dimilikinya. Tetapi kalau asas iman, itu tidak disempurnakan dengan amal ibadah, ia masih Iagi dalam golongan mukmin 'asi atau mukmin yang masih melanggar perintah-penntah Allah. Dia tetap juga masuk neraka kalau dosanya tidak diampun. Cuma tidak kekal di dalamnya kerana aqidahnya sudah sah.


 


Kita perhatikan di dalam pengalaman hidup kita ini betapa orang-orang yang sudah ada asas iman atau orang-orang yang pengenalannya dengan Allah sudah sah kerana sudah menempuh 4 syarat tadi, sedangkan itupun masih mukmin 'asi, betapalah kalau pengenalan kita kepada Allah tidak sah langsung kerana tidak menempuh 4 syarat tadi. lbarat orang yang sudah ada asas iman itu seperti benih yang sudah tertanam dan sudah cambah. Tetapi cambahnya tidak sempurna kerana tidak cukup dibaja dan disirami air hinggakan apabila ada yang cambah amat mudah dimakan semut, ulat-ulat, siput babi dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kerana tapaknya ada walaupun dijahanamkan oleh musuh namun ia ada akar tunjang.


 


Betapalah kalau memang didapati yang benih tidak ada langsung. Jadi dengan sebab itulah, bagi orang awam semacam kita ini pengenalan dengan Allah secara ilmu dengan menempuh 4 syarat tadi mestilah diusahakan Iebih dahulu. Bila pengenalan secara ilmu itu sudah ada, ertinya benih iman sudah ada. Cuma yang hendak kita usahakan Iagi ialah supaya ia berbatang, berdahan, berdaun serta berbuah. Dan itulah dengan jalan membuat berbagai amal ibadah seperti bersembahyang, berpuasa, naik haji serta lain-lain amal bakti samada dengan mengerjakan yang disuruh yang fardhu dan yang sunat juga dengan meninggalkan yang dilarang, yang haram dan yang makruh.


 


Dan inilah yang hendak kita jaga benar-benar dalam persoalan aqidah ini supaya kita faham awal-awal agama itu ialah mengenal Allah. Kalau tidak sia-sialah sahaja amal ibadah kita selama ini. Manakala telah kita kenal Allah melalui 4 syarat tadi, jangan pula kita biarkan iman itu tanpa dibaja dan disirami air supaya menjadi subur. Kalau dibiarkan ia cambah sendiri, maka hasilnya adalah kurang subur, macam pokok-pokok kering dan ketot-ketot. Kalau ada pun buahnya, buahnya busuk-busuk. Inilah yang diibaratkan kepada mukmin 'asi yang di akhirat kelak masuk neraka lebih dahulu.


 


Telah kita katakan bahawa untuk mengenal sifat-sifat Allah adalah terbahagi kepada dua iaitu dalil ''aqli dan dalil naqli. Dalil ''aqli ialah dalil akal atau dalil yang berdasarkan logik atau mantik atau falsafah. Boleh juga kita katakan dalil ''aqli ini sebagai dalil yang berdasarkan ilmu pengetahuan. Manakala dalil naqli ialah dalil yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah. Dalil-dalil ''aqli pula boleh kita bahagikan kepada dua iaitu dalil secara ijmali dan dalil secara tafsili. Dalil ijmali ialah dalil secara ringkas manakala dalil tafsili ialah dalil secara terperinci atau secara terhurai.


 


Adapun dalil 'aqli yang secara ijmali atau secara ringkas, kedudukannya adalah fardhu ain. Ertinya, setiap mukallaf adalah wajib mengenal sifat-sifat Allah melalui dalil-dalil akal secara ijmali atau secara ringkas. Ia tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada orang lain. Cuma yang perlu kita ingat ialah bahawa dalil-dalil akal secara ringkas ini tidak boleh membawa hujjah-hujjah kalau ada orang yang mendatangkan hujjah-hujjah kepada kita. Dan ia juga tidak boleh menolak perkara-perkara yang syubhat. Umpamanya, kalau ada nanti orang yang membawa ajaran-ajaran yang karut atau ajaran yang salah yang dicampur-adukkan dengan ajaran atau aqidah yang benar, kemudian diajukannya kepada kita serta ditanyakan kepada kita, ketika itu kita tidak ada daya upaya untuk menolaknya.


 


Kemudian yang dikatakan dalil akal secara tafsili ialah dalil-dali yang panjang lebar, dalil-dalil yang luas serta detail. Adapun dalil-dalil ''aqli secara detail ini, kedudukannya adalah fardhu kifayah. Ia tidak dituntut kepada setiap mukallaf untuk mengetahuinya. Ertinya, kalau ada satu kawasan yang sudah boleh kita lakukan sembahyang qasar yang kita ambil salah satu khilafiah jarak yang membolehkan sembahyang diqasar iaitu 48 batu, di dalam kawasan itu kalau ada seorang saja yang tahu dalil akal yang secara panjang lebar atau secara tafsili, maka dia telah melepaskan dosa setiap orang yang mukallaf di kawasan itu. Kalau sekiranya di dalam kawasan itu ada 50,000 orong penduduk dan terdapat seorang yang tahu tentang dalil akal secara tafsili tadi, maka semua 50,000 orang yang mukallaf itu terlepas dari dosa di bidang itu. Tetapi kalau sekiranya daripada 50,000 orang di kawasan itu tidak ada seorang pun yang tahu tentang dalil akal secara tafsili, maka selama belum adanya orang mengetahui, maka selama itu seluruh yang mukallaf di situ berdosa di bidang tersebut.


 


Dan begitu jugalah di dalam mendatangkan dalil naqli ke atas sifat-sifat Allah, kedudukannya juga adalah fardhu kitayah. Ia bukan fardhu ain. Jadi nampaknya dalam hal ini terdapaf kelonggaran dari Allah. Di dalam mendatangkan dalil ''aqli secara ijmali atau secara ringkas-ringkas, telah kita katakan yang kedudukannya adalah fardhu ain. Tetapi bagi dalil naqli iaitu dalil yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah, dalil naqli secara ijmali pun tidak fardhu ain. Ia hanya fardhu kifayah.


 


Di sinilah rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat. Allah amat mengetahui yang semua yang Islam ini bukan tahu tentang bahasa Arab. Allah mengetahui yang orang yang masuk Islam bukan semuanya bangsa Arab. Bangsa yang tidak tahu bahasa Arab itu dinamakan 'ajam. Kita ini adalah termasuk golongan 'ajam kerana di dalam syarat hanya ada dua bangsa sahaja iaitu Arab dan 'ajam. Luar daripada bangsa Arab, itu dinamakan 'ajam. Dan bagi mereka yang 'ajam itu, Allah tahu yang mereka itu amat susah hendak mengetahui Al Quran dan Sunnah iaitu sudah menghafal hadis. Sebab itulah datang kemaafan dari Allah dan meletakkan dalil naqli walaupun secara ijmali sebagai fardhu kifayah saja.


 


Jadi tanggungjawab untuk mendatangkan dalil naqli ini terletak kepada berbahasa Arab sahaja, terutama orang Arab. Kerana Al Quran dan Hadis itu adalah bahasa mereka. Sebab itu bagi orang-orang Arab, semuanya boleh dikatakan berupaya menghuraikan Hadis dan Al Quran. Malah orang-orang Arab yang kaflr pun pandai tentang Al Quran dan Hadis. Tetapi bagi orang-orang 'ajam seperti kita ini, memang susahlah hendak menghafal Hadis dan Al Quran. Kalau boleh pun dengan bahasa yang telor hingga hendak menyebut satu hadis atau ayat pun begitu teruk sekali. Tetapi Allah tahu tentang orang 'ajam yang bilangan mereka ini Iebih ramai Iagi daripada orang Arab. Ini memang benar kerana di hari ini, Iebih ramai lagi orang 'ajam yang masuk Islam danpada orang Arab. Ulama-ulama 'ajam adalah lebih ramai dan ulama-ulama Arab sendiri. Ulama-ulama Arab hanya sebanyak bilangan jari sahaja seperti Imam Syafie. Imam Ghazali adalah orang 'ajam, -bukan orang Arab. Imam Hanafi, bukan orang Arab. lmam Hambali juga bukan orang Arab. Begitu juga dengan ulama-u1arna dari Afrika, Russia, Sepanyol dan lain-lainnya.


 


Bagaimanakah yang dikatakan dalil-dalil secara ijmali ke atas 20 sifat Allah S.W.T.? Katakanlah dalil secara ijmali ke atas sifat wujud bagi Allah S.W.T. Secara ijmali, dalil-dalil yang menunjukkan Allah itu wujud, memadailah dengan mengatakan bahawa buktinya ialah adanya makhluk dan alam ini. Semua langit dan bumi serta segala yang baharu ini adalah membuktikan bahawa adanya Tuhan yang mencipta. Begitu juga, apakah dalil-dalil ijmali yang menunjukkan bahawa Allah itu bersifat qidam? Cukup dan memadai jugalah kalau kita buktikan sifat itu dengan menunjukkan kepada kejadian alam dan makhluk ini, kepada kejadian Iangit dan bumi dan lain-lainnya. Seterusnya, begitulah dengan sifat-sifat yang lain bagi Allah S.W.T. Asal sekadar kita dapat memberikan dalil-dalil dan bukti yang secara ringkas demikian, maka pengenalan kita sudah dianggap sah. Oleh itu sedikit sebanyak kita diwajibkan mempelajari dalil-dalil itu supaya kita dapat memberikan hujjah-hujjah. Barulah kita tidak dihukum secara berdosa. Tetapi, kalau sekadar dalil yang seringkas itu pun kita tidak tahu, maka kita tetap berdosa. Kecualilah kalau mengikut kata sesuatu hinggakan hari ini dia belajar esok dia lupa atau baru sejam tadi dia mempelajari sifat Tuhan, tidak beberapa ketika lepas itu dia lupa. Namun dia terus juga berusaha unluk belajar. Orang yang semacam ini adalah dimaafkan oleh Allah S.W.T.


 


Tetapi kalau seseorang itu malas belajar serta tidak mahu hendak mempelajari dalil-dalil untuk mengenal Allah S.W.T. melalui sifat-sifat yang wajib bagi-Nya walaupun secara ijmali, maka orang yang bert'aqlid seperti itu tidak sah imannya. Kalau mati, dia masuk Neraka kekal abadi selama-Iamanya. lni adalah kerana dia mempunyai akal fikiran yang baik serta lain-lain pancainderanya baik cuma dia malas belajar dan tidak mahu Iangsung belajar. Sedangkan perkara-perkara yang sulit-sulit, semua boleh diketahuinya. Apa yang ada di dalam bumi, apa yang ada di dalam lautan serta apa yang ada di dalam angkasa, semuaya dia tahu. Malah bila angin ribut akan datang, bila hendak berlakunya gerhana dan lain-Iainnya semua dia tahu. Dia juga tahu apa yang ada di dalam kayu, bagaimana perangai binatang, perangai ular, perangai katak dan sebagainya, semuanya diketahuinya yakni perkara-perkara yang sulit-sulit mengenai sains dan teknologi hafal di kepalanya. Tetapi dengan Allah S.W.T. dia tidak kenal. Dia tidak tahu dalil-dalil dan bukti ke atas sifat-sifaf yang wajib bagi Allah S.W.T. walau pun secara ringkas-ringkas. Orang yang seperti ini tidak akan lepas tanggungjawabnya kepada Allah S.W.T. Bagaimanakah yang dikatakan dalil-dalil naqli tentang sifat-sifat


 


Allah S.W.T. seperti tentang sifat wujud bagi Allah, sifat qidam bagi Allah dan seterusnya? Di antaranya adalah seperti ayat-ayat yang maksudnya di bawah:


 


"Katalah (Wahai Muhammad) Allah itu Esa."


 


Dalam ayat yang lain Allah menerangkan dengan maksudnya: "Allahlah yang menjadikan kamu dan apa yang kamu buat."


 


Kemudian terang Allah lagi di dalam Al Quran, maksudnya; "Allah itu maha mendengar lagi maha melihat."


Seterusnya di dalam ayat yang lain pula Allah berkata dengan maksudnya:


"Allah itu maha mendengar lagi maha mengetahui.


 


Dalam ayat lain pula, maksudnya:


"Allah itu tidak berperrnulaan dan tidak berkesudahan.


 


Seterusnya Allah berkata lagi di dalam ayat yang lain maksudnya:


"Kekal zat Allah S. W.T. lagi mulianya."


 


Dan berfirman Allah bagi, bermaksud:


"Dan adalah Allah itu ke atas setiap suatu itu berkuasa."


 


Kata-Nya lagi di dalam ayat yang lain, maksudnya:


"Dan Tuhanmu itu men jadikan apa yang Dia mahu dan apa yang Dia kehendaki."


 


Demikianlah beberapa sifat Al Quran yang menunjukkan dalil-dalil dan bukti ke atas sifat-sifat Allah S.W.T. DaliI-dalil demikian itulah yang dikatakan dalil naqli. Sumbernya adalah dari Al Quran. Pengetahuan sebegini mesti dimiliki oleh seorang di dalam satu kawasan musafatul qasar bagi melepaskan dosa penduduk-penduduk yang ada di dalam kawasan itu menanggung dosa.


 


-tarbiah dari guruku ASZ-



 
Tatapan Penuh Kasih
03.08.05 (1:51 am)   [edit]

Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika ia sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah ketenangan mereka ketika sedang tidur. Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung, di layar perak, di kaca tv begitu cantik dan gemerlapan pun boleh jadi akan kelihatan sederhana  dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tidak akan kelihatan wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu : Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.

Pengorbanan yang kadang tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selau sahaja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.

Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata : "betapa lelahnya aku hari ini". Dan penyebab lelah itu? Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tidak lain adalah kita. Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, abang, adik, anak, dan sahabat yang telah melalui hari-hari suka dan duka bersama kita. Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.

Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari mereka; orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, selama-lamanya... ..

If you can touch it and you can see it, it's REAL.
If you can touch it but you can't see it, it's TRANSPARENT.
If you can't touch it but you can see it, it's VIRTUAL.
If you can't touch it and you can't see it, it's GONE.



 
Rumahtangga : Berlunaklah Mendidik Isteri
10.08.04 (2:10 am)   [edit]


Assalamualaikum.


 


Pada mereka yang belum sempat membaca artikel ini dan telah berumah tangga atau bakal mendirikan rumah tangga. Kalau ada apa² masalah keluarga , silalah mohon si suami membaca dan seterusnyer menghayati artikel  ini. Katakanlah pada si suami bahawa isteri itu adalah ladangnya. Jagalah amanah Allah tersebut agar ladang tersebut dapat membuahkan hasil yang subur dan berbau harum. Amin


 


BERLUNAKLAH MENDIDIK ISTERI


Dalam kehidupan berumahtangga sudah tentu tidak dapat dielakkan perselisihan faham antara suami isteri. Sama ada ia berpunca dari suami atau pihak isteri. Namun apa yang penting ialah bagaimana mereka menghadapinya serta menyelesaikan masalah yang menimpa mereka.


 


Sesetengah suami apabila mendapati isterinya marah², terus tinggalkan isteri tanpa menyelidik apa punca sebenar. Kadang² sampai berhari² tidak pulang kerana runsing dengan kerenah isteri yang suka mengamuk dan membebel. Tidak kurang juga yang mencari hiburan luar, semata² untuk menenangkan fikiran yang runsing itu. Malah ada yang bermain kayu tiga kononnya isteri di rumah tidak pandai melayan, hanya suka marah² sahaja.


 


Kalau begini tindakan yang diambil, sebenarnya itu bukanlah cara menyelesaikan masalah, tetapi menambah lagi masalah. Suami adalah pemimpin dan guru kepada isterinya. Suami tidak seharusnya hanya mengeluh dan menyalahkan isteri semata² tanpa mendidiknya terlebih dahulu.  Sebagai suami, di samping tugasnya mencari nafkah untuk seisi keluarga, dia  juga wajib mendidik isteri serta anak²nya. Dan proses mendidik ini bukan cukup hanya sekali dua dinasihati, tetapi ia memakan masa yang lama.


 


Pada saat isteri sedang marah², janganlah dihadapi isteri dalam keadaan marah² juga. Lebih² lagi jangan menghadapinya dengan kasar, keras atau menghukumnya. Sebab wanita itu lemah, dijadikan  daripada tulang rusuk yang bengkok, kalau dikasari ia akan terus bengkok dan mungkin patah.


 


Rasulullah SAW bersabda :


“Hendaklah kamu berlaku dan berbicara baik² dengan wanita, kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok ialah yang berada di bahagian atas. Jika kamu meluruskannya ia akan patah dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok. Kerana itu hendaklah kamu berlaku dan berbicara sebaik² dengan wanita”


 


Suami hendaklah bijaksana dalam menghadapi ragam isteri serta sentiasa bersabar dan tidak tergesa² mengambil tindakan. Dalam hal ini, Rasullullah SAW merupakan contoh terbaik dan sempurna. Baginda berlaku begitu adil dan baik terhadap isteri²nya.


 


Bahkan bagindalah orang yang paling tabah dan sabar menghadapi ragam ketika sedang marah, memperlihatkan rasa cemburu atau di saat sedang berselisih faham dalam sesuatu perkara. Semuanya itu baginda hadapi dengan lemah lembut, penuh berhikmah dan kasih sayang, sambil memberikan peringatan yang baik.


 


Pernah berlaku wanita seramai 70 orang berkumpul di kediaman isteri Rasulullah SAW, semuanya mengeluh dan saling menyalahkan pelakuan suami masing². Apabila perkara ini diketahui oleh Rasulullah SAW, baginda tidak terus marah malah tetap bersabar. Baginda bersumpah tidak akan menghampiri kesemua isterinya selama sebulan.


 


 


Tindakan itu baginda lakukan sebagai pendidikan kepada mereka. Tatkala itu baginda benar² pandai meletakkan kesabaran pada tempatnya dan menempatkan kemarahan pada tempatnya. Hasil daripada tindakan itu, kesemua isteri baginda bertaubat dengan bersungguh² hati menyesali perbuatan mereka. Begitu didikan Rasulullah yang sangat berkesan pada isteri² baginda.


 


Begitu juga dengan para Sahabat, mereka mengambil sikap sabar apabila ada sesuatu perkara yang tidak kena dengan isteri mereka. Pernah pada satu ketika datang seorang lelaki ke rumah Khalifah Umar Ibnu Khattab r.a untuk mengadukan kerenah isterinya. Beberapa saat lamanya dia menunggu si sepan pintu, tiba² dia terdengar suara isteri Khalifah Umar sedang marah² pada suaminya, tetapi Khalifah tetap diam dan tidak menyahut. Melihatkan keadaan seperti itu lelaki tersebut pergi meninggalkan tempat itu sambil berkata pada dirinya: “Kalau keadaan Amirul Mukminin seperti itu, apa lagilah keadaanku!”.


 


Tetapi sebaik sahaja dia hendak melangkah pergi, Khalifah Umar keluar dan memanggilnya. Umar bertanya, “Apakah tujuan kedatanganmu?” “Ya Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadu kelakuan isteriku. Dia sangat cerewet dan sering menghamburkan kata² kesat kepadaku. Akan tetapi apabila aku sampai di depan rumah Amirul  Mukminin, aku dengar isteri tuan juga sama dengan isteriku. Kerananya aku laluberfikir, kalau isteri Amirul Mukminin pun seperti itu, apa lagilah isteriku”.


 


Khalifah Umar menjawab: “Aku tabah dan sabar menghadapi kenyataan itu kerana dia telah menunaikan kewajipan dengan baik terhadap diriku. Dialah yang memasak makananku, dialah yang membuat roti bagiku,dialah yang mencuci pakaianku, dialah yang menyusukan anak², padahal itu bukan merupakan kewajipan baginya".


 


“Dan dialah juga yang mententeramkan hatiku sehingga aku dapat menjauhkan diriku dari perbuatan yang haram. Kerana itulah aku tabah dan sabar mendengarkan apa sahaja yang dikatakannya mengenai diriku!” Lelaki itu menyahut: “Ya Amirul Mukminin, demikian juga  isteriku!” Khalifah Umar kemudian menasihatinya: “Saudara, bersabarlah menghadapi isterimu, kerana keadaannya itu hanya sebentar sahaja.”


 


Jadi, para suami hendalah selalu bertolak ansur dan memberi kemaafan sekiranya berlaku krisis dengan isteri. Tidak ada gunanya diikutkan rasa  marah kerana marah adalah kunci kepada segala kebencian dan pergaduhan. Tidak rugi kepada orang yang menahan rasa marahnya.


 


Hadis Rasulullah  SAW :


“Ada tiga perkara yang jika ada antara kamu yang melakukannya Allah berkenan melimpahkan perlindungan dan rahmat kepadanya serta memasukkannya ke dalam Syurga-Nya. Iaitu orang yang jika yang diberi ia berterima kasih (bersyukur), jika diperlakukan hal yang buruk ia memberi maaf dan jika marah ia dapat menahan diri.”


 


Rasulullah SAW juga bersabda “Siapa yang sabar menghadapi perlakuan buruk isterinya, Allah akan memberinya balasan pahala seperti yang  diberikanNya kepada Nabi Ayub atas ketabahannya menghadapi cubaan dan sikap isterinya, manakala isteri yang sabar menghadapi perlakuan buruk suaminya, Allah akan memberinya balasan pahala seperti yang diberikanNya kepada Asiah, isteri Firaun.”


 


Bagi para suami yang selau runsing memikirkan sikap isterinya yang buruk itu, bersabarlah kerana ia akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Namun, jangan dibiarkan terus sikap isteri yang suka mengamuk itu, berusahalah dan sentiasa mohon kepada Allah moga² diberikan kekuatan untuk mendidik isteri.


 


"Sebaik² perhiasan orang mukmin ialah isteri yang solehah. Nak dapat isteri yang solehah suami kena jadi soleh dahulu".


 



>>> Pada zaman sure heboh, akademik fantasia, melayu idol ader lagik ker suami dan isteri yang solehah? Kalau isteri dan anak perempuan pemimpin pun tak tutup aurat, apatah lagik rakyatnyer. Mana ijtihad ulamak akan aurat isteri pemimpin?? <<<



 
Lelaki : Siapakah yand dimaksudkan dengan lelaki soleh?
10.08.04 (2:06 am)   [edit]

SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELAKI SOLEH ?


 


    Lelaki Soleh dapat didefinisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara² yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada ALLAH S.W.T. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila ² masa sahaja.


 


    Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adaklah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.


 


    TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhai tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.


 


    Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata². Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua. Antara hal² yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara² yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita² dan jalan hidup seseorang itu.


 


KRITERIA-KRETERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN HADIS


1. Sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasullulah S.A.W.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah S.W.T.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian ALLAH S.W.T dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah S.W.T 
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia,sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah S.W.T
17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.


Selain daripada ciri² di atas, orang² yang soleh juga merupakan insan² yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah S.W.T setelah para nabi² dan orang² yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.


 


Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh...


1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.


 


1. MENCARI NAFKAH


Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki kerana kelebihandalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.


Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. Dia bekerja di dunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata². Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya di dunia dan akhirat.


 


Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud;
"Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya. 


“Bagi orang² yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan² sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan keampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”. 


 


Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh². Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.


Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap ALLAH S.W.T dan janganlah ia meninggalkan nilai² yang LUHUR.


 


Kedua: Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa² kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan² umum.


 


Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:  
1. Riba
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang
5. Mencuri dan memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.


 


2. Berjihad Fisabililah


Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN. Inilah yang dimaksudkan dengan lelaki soleh,yang mana pekerjaan utamanya membunuh atau terbunuh. Jika tidak terbunuh, maka ia mesti membunuh. Tidak terdapat alternatif lain kecuali satu antara dua ‘YUQTAL AU YAGHLIB’ yakni TERBUNUH atau MENANG.


 


3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.


Sememangnya sejak akhir² ini golongan kafir sentiasa mencari peluang untuk menindas dan menakhluki negara² serta umat² Islam. Orang² yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-² Islam tidak akan ditindas dengan sewenang²nya oleh golongan tersebut.


“Wahai lelaki soleh! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”


Inilah laungan yang sentiasa terdengar daripada golongan² yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama samaada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam


 


4. Memimpin, mendidik dan berlaku baik terhadap isteri


Memimpin dan mendidik isteri...


1. Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri² yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.


2. Menangani isteri yang bodoh dan keras kepala dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.


Demikianlah cara² yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata² tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih effisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah S.W.T. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat di kekalkan buat selama²ya.


 


5. Berlaku baik terhadap isteri


Suami yang soleh akan sentiasa maenjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga dan bekerjasama dengan isterinya.


Sabda Rasulullah:
"Orang yang terbaik di antara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik di antara kamu terhadap isteriku". ( HR Ibnu Majah)


Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan berkeluarga...


A: Keadaan beliau sebagai suami dan ayah
B: Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga



 
Rumahtangga : seks bersama isteri
10.08.04 (2:02 am)   [edit]

Mengikut pendapat Ulama Imam Shafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunat membuat seks (jimak) dengan isteri iaitu malam Jumaat, Isnin dan Khamis.


 


Tidak menjadi kesalahan melakukan seks setiap malam, tetapi dikhuatiri zakar dan buah pinggang akan menanggung risiko kerana bekerja setiap hari. Berilah ruang untuk berehat kepada tenaga batin.


 


Nabi berpesan, " Sekiranya kamu merasa akan turunnya mani, janganlah cepat-cepat kamu mencabut zakarmu. Biarkan dahulu sehingga isteri kamu juga turut sama turunnya mani. Ini kerana pada saat itulah terletaknya punca kenikmatan yang amat sangat bagi pasangan suami isteri yang berjimak."


[Jauhilah ZINA kerana zina itu membawa malapetaka kepada semua manusia. Ia dapat memusnahkan lelaki dan perempuan, Senang mendapat jangkitan gonorrhoea, siflis , herpes atau HIV ]


Cara Yang sesuai Untuk Jimak Isteri



 


1. Anda dikehendaki bersopan santun dalam melakukan hubungan seks bersama pasangan. Isteri digalakkan memakai pakaian nipis supaya dapat memberi keghairahan kepada suami. Pakailah juga bau-bauan wangi dan lembut. Muzik yang lembut dan halus juga digalakkan untuk membangkitkan suasana yang romantik.


 


2. Bercumbu-cumbulah sebelum melakukan jimak.


 


3. Masukkan zakar pelahan-lahan ke faraj dan layarilah nikmat yang Tuhan anugerahkan kepada kita dengan baik dan sopan. Jangan sekali-kali bertindak gopoh dalam melakukan hubungan ini kerana akan menyebabkan terpancutnya air mani pramasa. Sekiranya anda meperlahankan sedikit seni tusukan zakar, anda akan dapat bertahan lebih lama dalam melayari hubungan tersebut dengan isteri anda.


 


4. Sekiranya air mani sudah terpancut, JANGAN sekali-kali biarkan isteri anda terkapai-kapai dan kecewa kerana kebiasaannya wanita agak payah untuk sampai kemuncak syahwat. Cumbuilah isteri anda sehingga beliau mencapai kepuasan. Jangan sekali-kali terus tidur selepas jimak kerana akan membuatkan si isteri merasa kecewa...



 
Wanita : Rama² dan Cinta lelaki
10.08.04 (2:01 am)   [edit]

Wahai wanita, anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya insan yg bernama wanita. Tanpamu dunia pasti diselubungi sugul dan para lelaki akan ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk didiami dan penuh dengan kekejaman dan perbuatan² ‘sampai hati’ sesama sendiri.


 


Wahai wanita, anda ibarat rama² yg mengindahkan alam dan menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama². Namun anda yg bernama Wanita, mengapa ramai sekali yg sengaja merosakkan diri di tengah² kebuasan lelaki.


 


Memang keinginan untuk berteman itu adalah fitrah manusia, tetapi janganlah menjadi mangsa untuk lelaki yg kejam dan kurang berperasaan. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama². Apabila disentuh, keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama² terlerai daripada keindahannya. Tatkala rama² sudah hilang keindahan, tiada siapa akan mepedulikan lagi.


 


Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yg indah pasti akan luntur sedikit demi sedikit, melekat di jari lelaki tatkala anda disentuh sebagaimana sayap rama² berpindah coraknya ke jari tatkala disentuh.


 


Apakah anda tidak berasa rugi?



Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi kerana lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh anda. Lelaki tidak akan kehilangan apa² biar berapa ramai wanita yg berada di sekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan² yg tidak berhak hinggap di tubuh itu.


 


Hanya dengan sekali sentuh corak rama² sudah boleh musnah, disentuh lagi mungkin seluruh coraknya hilang dan akhirnya tidak mustahil sayap yg indah itu terus terkoyak. Jatuhlah sang rama² di atas tanah. Tiada siapa akan mempedulikannya lagi.


 


Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar dgn itu anda dapat memelihara diri drp menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin mencalitkan noda ke atas diri anda. Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua² belah sayap anda telah tiada.


 


Wahai wanita, kasihilah diri sendiri dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau hanya dari lelaki yg tidak tahu diri.


 


Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana². Sudah tentu untuk mencarinya agak payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda sendiri.


 


Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki yg mencemarkan maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi. Biar menjadi rama² dgn sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api.


 


tulisan : ZadSUK



 
Wanita : Rahsia gadis untuk mengekalkan keayuan
10.08.04 (2:00 am)   [edit]

Gadis perlu sentiasa menjaga pekerti agar setanding dan seiring dgn keayuan si gadis. Ini bukan bermakna hanya gadis ayu saja yg harus menjaga pekerti diri tetapi yang berasa dirinya kurang menarik harus menjaga pekerti agar diri punya kelebihan biarpun diri secara fizikalnya tidak mampu menarik hati...


1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

2. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

3. Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

4. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

5. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

6. Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

7. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

8. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengih. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

9. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

10. Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

11. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain



 
Wanita : Biologi kehidupan Wanita
10.08.04 (1:58 am)   [edit]

Biologi Kehidupan Wanita


Faraj (vagina) Liang Sanggama adalah alat penghubung rahim dengan dunia luar, alat penerima zakar waktu sanggama dan janin kelahiran anak.


 


Rahim (uterus) adalah tempat berkembangnya anak di dalam kandungan. Ia kelihatan seperti bentuk huruf 'T' terbahagi atas bahagian badan dan bawah leher rahim. Di dalam badan rahim terdapat rongga rahim yang dilapisi selaput lendir rahim.


 


Indung Telur (Ovari ) adalah kelenjar kelamin yang menghasilkan hormon kandungan dan juga menentukan kesuburan seseorang wanita. Terdapat sepasang Indung Telur yang terletak di sisi kanan dan kiri rahim. Di dalam masing-masing indung telur tersebut terdapat lebih kurang 100 ribu benih telur.


 


Saluran Telur ( tuba fallopian ) adalah alat penghubung antara indung telur dan rongga rahim Buah dada (payudara) adalah alat untuk menyusu bayi. Di dalamnya terdapat kelenjar-kelenjar untuk mengeluarkan susu.


 


Haid


Sejak dari remaja (puberty) sampai putus haid (menopause) wanita mengalami haid atau keluar darah bulanan (menstruasi). Darah haid ini berasal dari rongga rahim dan timbul akibat pecahan selaput lendir rahim .



 


Pada umumnya darah haid bersifat cair berketul macam agar-agar berwarna merah gelap dan berlaku pada jangkamasa 2 hari sampai 6 hari bagi setiap putaran haid. Darah yang mengalir ini merupakan keguguran lapisan sel-sel pada dinding uterus kerana ketiadaan persanyawaan pada ovum.


 


Mula-mula hormon peransang folikel (FSH) dikeluarkan oleh kelenjar pituitari akan merangsangkan penghasilan ovum dan rembesan hormon estrogen oleh ovari.


 


Estrogen menyebabkan penebalan pada dinding uterus. Selepas lebih kurang 14 hari, kepekatan estrogen akan mencapai takat maksimumnya sehingga memberi kesan menghalang pengeluaran hormon FSH. Kelenjar pituitari kemudian mengeluarkan hormon lain disebut hormon peluteinan (LH) hormon.


 


Hormon luteinan menyebabkan proses pengovulan atau pelepasan ovum. Perempuan itu dikatakan berada dalam keadaan subur dan persenyawaan mungkin berlaku pada peringkat ini. Selepas pengovulan, FOLIKEL GRAAF yang kehilangan ovum akan menjadi korpus luteum.


 


Hormon progesteron penting untuk perkembangan endometrium uterus dan menyediakannya untuk penempelan ovum yang telah disenyawakan dan menghentikan kelenjar pituitari dari mengeluarkan FSH dan LH. Tanpa LH dan FSH kitar haid tidak berlaku.


 


Jika ovum itu tidak disenyawakn, korpus luteum akan mengecut dan hormon progesteron akan berkurang. Pemusnahan lapisan sel pada dinding uterus berlaku dan kitar haid bermula. Selepas tamat haid, Hormon fsh akan dikeluarkan sekali lagi oleh pituitari.


 


Menopause


Putus haid adalah satu keadaan di mana badan wanita itu berhenti mengeluarkan ovum dan paras hormon sex seperti estrogen dan progesteron juga berkurangan. Putus haid boleh bermula diantara umur 45-55 tahun. Akibat perubahan hormon dalam badan, seseorang wanita boleh mengalami simptom-simptom yang menyebabkan masalah fisologi dan psychology.


 


Antara simptom-simptom menopause adalah seperti:


1. Fikiran tidak menentu


2. Resah dan gelisah


3. Risau, takut-takut, sedih sayu, pilu, dll


4. Badan terasa kepanasan


5. Pening kepala, mual, loya


6. Hilang nafsu seks


7. Badan berpeluh


8. Sakit-sakit badan dan sendi


9. Pengecutan tulang, Osteoprosis, dll



 
Lelaki : Biologi kehidupan lelaki
10.08.04 (1:39 am)   [edit]

Biologi Kehidupan Lelaki


 


Dari usia remaja batu pelair (buah zakar) menghasilkan hormon lelaki yang dinamakan 'testeron' dan membentuk sel-sel mani (sperma). Penghasilan testeron dan pembentukan sel-sel mani berlangsung terus-menerus dengan banyaknya pada lelaki normal sehinggalah ke hari tua bilamana ia mula menurun.


 


Sel-sel mani yang telah dibentuk oleh buah zakar disalurkan melalui saluran mani menuju ke kantung mani. Perjalanan di dalam saluran mani berlangsung lebih kurang 10 hari lamanya. Selama di dalam saluran mani sel-sel mani mengalami proses pematangan dan pembentukan yang sempurna. Bentuk sel mani yang sempurna ialah berkepala bujur, badan yang pendek, ekor yang panjang dan mampu bergerak sendiri.


 


Sewaktu pancutan sperma, sel-sel mani dikeluarkan bersama-sama dengan cairan yang dihasilkan oleh kelenjar prostat dan kelenjar-kelenjar lainnya. Pada seorang lelaki normal, satu pancutan mani, mengeluarkan 2 hingga 5 cc air mani dan jumlahnya melebihi 100 juta benih.


 


Di dalam faraj atau vagina, air mani akan cepat menjadi cair dan sel-sel mani mulai bergerak sendiri (mobiliti) untuk melanjutkan perjalanan menuju ke saluran telur.


 


Keupayaan dan kejayaan air mani untuk terus hidup subur dan bercantum dengan benih wanita (ovum) bergantung kepada keadaan pesekitaran ruang faraj dan juga sel-sel mani yang matang dan normal. Jika keadaan sekitar faraj atau rahim tidak normal dengan berbagai masalah kesihatan, maka sel-sel mani akan cepat mati. Begitu juga sel-sel mani yang tidak sihat dan jumlah yang tidak mencukupi, tidak memungkinkan satu kehamilan itu berlaku.


 


Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan normal, maka akan berlakulah satu kehamilan yang diharap-harapkan.



 
Lelaki : lelaki pempimpin wanita
10.08.04 (1:37 am)   [edit]

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita". Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman.

Dalam ayat lain pula Allah berfirman, bermaksud "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga.

Pengaruh barat yang menular ke negara Islam berjaya menyerapkan ideologi persamaan hak wanita-lelaki dan akhirnya diterima umum. Akibatnya konsep kepemimpinan lelaki terhakis. Kaum wanita yang dahulunya berperanan mentadbir anak-anak dan rumahtangga si suami kini sudah mengabaikan tanggungjawab. Anak-anak sebaliknya dipelihara oleh orang gaji.

Apabila ramai wanita sudah memandang tanggungjawab di rumah sebagai kolot dan tidak ekonomikal, maka institusi keluarga akan tercemar dan terjejas. Anak-anak kehilangan kasih-sayang ibu. Ibu hanya sempat melihat anak waktu petang atau malam. Ketika itu badannya sudah keletihan dan tidak berdaya untuk mengasuh anak lagi. Anak-anak membesar tanpa menerima kasih-sayang ibu. Apabila ibu tidak menyayangi anak, semasa dewasanya nanti, sudah tentu anak tidak akan mengasihi ibunya. Jadilah mereka anak yang kasar dari segi tutur-kata dan tingkahlaku.

Walaupun kesilapan ini seolah-olah berpunca daripada wanita tetapi sebenarnya adalah berpunca daripada lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang diamanahkan kepadanya.

Kegagalan mentarbiah anak dan isteri menyebabkan ramai anak-anak gadis keluar beramai-ramai memburu kerja di mana-mana saja. Kilang-kilang perindustrian yang menawarkan insentif dan gaji lumayan menjadi alternatif utama berbanding profesion perguruan dan perkeranian. Bahkan ramai juga wanita yang menjadi doktor, jurutera, polis, askar dan sebagainya. Kuantiti wanita yang ramai bekerja menyebabkan berlakunya satu kekosongan yang ketara di dalam institusi keluarga. Keadaan ini digawatkan lagi dengan sikap pelajar lelaki yang tidak secemerlang pelajar perempuan. Kecemerlangan pelajar perempuan di dalam peperiksaan awam berbanding pelajar lelaki menjadi satu faktor ramainya wanita melibatkan diri di dalam pasaran tenaga kerja.

Penglibatan wanita yang ramai di dalam sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya pengangguran di kalangan kaum lelaki. Mereka akhirnya terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Wanita bekerja terutama yang berpendapatan tinggi bertambah ramai yang hidup membujang. Pemuda yang menganggur sukar mencari wang untuk berkahwin. Akhirnya berlakulah pelbagai gejala keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi.

Walaupun banyak faktor dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak yang berlaku sekarang, namun faktor yang jelas ialah kurang berkesannya peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki sebagai ketua yang memimpin ahli-ahli keluarganya. Sebagai penutup sayugianya kita kembali kepada dasar Islam untuk mengembalikan martabat lelaki sebagai ketua yang diamanahkan untuk memimpin ahli-ahli keluarga dan kaum wanita amnya.



 
Lelaki : Lemah Zakar dan Mati Pucuk
10.08.04 (1:30 am)   [edit]

Syarat utama menuju kebahagian perkahwinan ialah melalui mencapai potensi seksual atau kemampuan seks yang didambakan. Ia merupakan syarat paling utama. Kemampuan seks seorang suami memegang peranan penting dalam usaha membina kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga.


 


Sebaliknya kehancuran rumahtangga yang disebabkan kerana tiadanya potensi seksual suami berpunca setelah adanya perjuangan yang memberikan hak dan peranan yang sama pada wanita dalam bidang seks.


 


Mati pucuk adalah cacat seks yang mengakibatkan seseorang tidak mempunyai keupayaan untuk bersetubuh. Mati pucuk ini merupakan kecacatan yang serius iaitu boleh menghancurkan perkahwinan kerana pasangan tidak dapat menghasilkan keturunan.


 


Orang lelaki yang tidak mampu melaksanakan persetubuhan disebut impoten apabila batang zakarnya lembik. Kalau dalam bahasa Arab disebut "Unnah" atau dalam bahasa kita sebagai "mati pucuk" pada batang zakarnya.


 


Hendaklah dibezakan antara impoten dan lemah zakar. Impoten adalah orang yang tidak mampu melakukan persetubuhan di mana batang zakarnya lemah, tidak boleh berdiri. Tetapi ia tetap mempunyai nafsu berahi yang amat besar. Sedang orang yang lemah zakar adalah orang yang mempunyai potensi seksual namun ia dingin sekali nafsunya untuk berhubung kelamin.


 


Dalam hal ini terdapat tingkat kemampuan seks, iaitu ada orang yang potensi seksualnya sederhana sahaja. Ada yang potensi seksual sangat besar dan ada pula yang sangat dingin. Impotensi dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu:


 


Mati pucuk
Mati pucuk organik disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam badan atau kerana gangguan jasmaniah.


 


Lemah Zakar


Lemah zakar bererti tiadanya kesanggupan melakukan seks akibat gangguan mental.


 


Sebab-sebab mati pucuk organik antara lain adalah disebabkan berikut:


Setiap penyakit yang mempengaruhi bahagian kelamin seperti radang pada bahagian kelamin internal, kelenjar prostat yang lembik dan membengkak, bahagian vesicula seminalis di mana terdapat semen disimpan & tumor


 


Penyalahgunaan ubat-ubatan, alkohol, bius dan nikotin rokok dan sejenisnya menyebabkan merosotnya daya seks.


 


Tekanan darah yang rendah dan penyakit kencing manis, boleh menjadikan seseorang mati pucuk.


 


Gaya hidup seseorang yang tidak sihat sejak lahir walaupun ini jarang berlaku adalah sebab terjadinya mati pucuk organik.


 


Umur tua juga akan mempengaruhi kemampuan untuk melakukan hubungan kelamin sama ada boleh atau tidak.


 


Kebiasaan masturbasi (melancap) ie. Memuaskan nafsu seks dengan tangan akan menyebabkan mati pucuk.


 


Keletihan yang berlarutan juga menyebabkan mati pucuk.


 


Coitus interuptus atau persetubuhan terputus boleh menyebabkan seseorang mati pucuk. Cara ini menimbulkan radang pada vesikula seminalls.


 


Kesihatan yang terganggu berpunca dari penyakit-penyakit yang berkaitan dengan darah, jantung atau ginjal pun boleh mengurangi dorongan seks yang akhirnya berubah menjadi mati pucuk.


 


Lemah zakar disebabkan oleh:


Takut kalau isteri hamil merupakan sebab yang menyebabkan impotensi. Orang yang bersetubuh dengan disertai rasa takut mendapat anak akan menyebabkan daya ereksi menjadi lemah.


 


Rasa jijik dari salah satu pihak boleh melenyapkan dorongan seksual suami.


 


Mengalami tekanan hidup seperti rugi dalam perniagaan, tekanan dan kegelisahan mengenai pekerjaan mengganggu daya keinginan seks.


 


Rasa takut, muak dan bimbang dapat menurunkan daya keinginan seks. Pada dasarnya gangguan mental adalah punca berlakunya lemah zakar.


 


Lelaki yang lemah zakar alat kelaminnya kelihatan normal. Tetapi batang penisnya tidak dapat bereksi sehingga tidak dapat menembus di dalam liang faraj waktu bersetubuh. Hal ini seterusnya boleh mengakibatkan gangguan jiwa. Mati pucuk dan lemah zakar adalah dikategorikan sebagai suatu penyakit. Maka hendaklah berusaha menyembuhkan. Usaha penyembuhan merupakan langkah yang baik. Dengan dapat mengatasi mati pucuk dan lemah zakar bayangan kelam yang selama ini menghantui setiap pasangan suami-isteri akan bertukar menjadi sinar cerah.


 


Usaha menyembuhkan mati pucuk lebih mudah diatasi daripada lemah zakar. Usaha penyembuhannya mesti dilakukan secepat mungkin sebelum boleh mencapai tahap kronik. Ilmu kedoktoran menemui cara-cara yang sangat efektif untuk menyembuhkan mati pucuk ini.


 


Di antara cara-caranya ialah


melakukan pembedahan, menyuntik hormon kelamin lelaki yang sudah dimurnikan dan merawat menggunakan ubat-ubatan tradisional.


 


Pendek kata berkat kemajuan ilmu kedoktoran masa kini, masalah mati pucuk sudah dapat dikenalpasti dan diberi diagnosis untuk diatasi. Jadi kita usah berputus-asa bila dapat penyakit asal berikhtiar secepat mungkin dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.


 


Cara mengatasi lemah zakar antara lain dengan melakukan penyelidikan latar belakang sejarah seseorang dari awal sehingga mendapat dari lemah zakar. Pekerjaan seperti ini harus ditangani oleh seorang ilmu kejiwaan. Dan ini bererti penyelidikan dilakukan ke atas latar belakang kejiwaan pesakit itu.


 


Setelah melalui analisa yang mendalam ini dan diketemukan sebab-musababnya sesorang menjadi lemah zakar (iaitu ketakutan atau kurang adanya kepercayaan akan kebolehan seseorang melakukan seks atau rasa muak terhadap perilaku isteri terhadap dirinya dan lain-lain lagi) sikap keterbukaan suami-isteri di dalam usaha menyembuhkan lemah zakar di hadapan doktor yang memeriksanya adalah perlu sekali. Jangan sekali-kali menyembunyikan masalah-masalah yang dirasakan mengaibkan daripada doktor pakar jiwa. Terangkan satu persatu masalah yang dihadapi.


 


Lemah zakar memerlukan usaha yang sabar dan agak lama. Tetapi usaha itu lebih cepat berhasil jika ada bantuan dari pihak isteri yang menjadi teman suami dalam hubungan kelamin. Dorongan isteri, kehalusan budinya, kesabarannya akan mempercepatkan proses pemulihan lemah zakar suaminya.



 
Rumahtangga : Masa berjimak
10.08.04 (1:06 am)   [edit]

Masa Berjimak
Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqamah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Cara berjimak yang dituntut.
1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t

2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana di kalangan yg bijaksana atau org alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.



 
Rumahtangga : Rahsia Rumahtangga
10.08.04 (12:56 am)   [edit]

Rahsia Khusus


Rahsia² khusus adalah hal peribadi yang diminta secara khusus oleh suami atau isteri kepada pasangannya supaya dirahsiakan. Imamul Ghazali rahimahullah ada mencatatkan di dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub beberapa tafsiran ulama mengenai perintah Allah kepada kaum mukminin supaya menjaga dan memelihara amanah yang dipikulkan (diamanahkan) ke atasnya. Antara amanah itu ialah "satu perkataan atau ayat" yang diamanahkan kepada kita supaya dijaga dan dirahsiakan. Maka kita wajib menjaga amanah itu. Begitulah juga sesuatu yang dibisikkan kepada pasangan dengan permintaan supaya ia menjadi rahsia antara mereka berdua, maka ia tergolong dalam amanah yang wajib dijaga. Wallahu a'lam.


 


Rahsia Yang Menyentuh Keselamatan


Mungkin ada orang yang memusuhi suami kita, berniat jahat dan hendak membuat aniaya ke atasnya. Musuh itu mungkin menyamar dengan meminta daripada kita segala maklumat, latar belakang suami dan sebagainya. Dalam keadaan ini kita sebagai isteri harus cerdik dan bijaksana. Tersalah memberi maklumat pada musuh hanya mengundang bahaya. Sejarah ada mencatatkan kisah isteri kepada Sam'sun al-Ghazi yang mendedahkan rahsia kekuatan suaminya kepada pihak musuh hingga menyebabkan nyawa si suami terancam.


 


Oleh itu, jangan terlalu lurus atau menurut sahaja sekiranya ada orang membuat temujanji atau panggilan yang mencurigakan. Jangan semudahnya mendedahkan "rahsia" keselamatan suami. Seboleh mungkin isteri cubalah mengesan helah dan kepelikan melalui tutur kata atau perilaku orang yang berniat jahat terhadap suami dan keluarganya.


 


Rahsia Harta Benda


Harta benda dan kewangan suami juga adalah rahsia yang wajib dijaga dan dipertahankan oleh isteri. Dalam hal ini, isteri sebagai pemimpin (pengurus) di rumah suaminya, tentunya orang yang paling memahami dan paling berperanan dalam menjaga rahsia rumah tangga yang dibina. "Pemimpin" di rumah suami ini adalah kenyataan dari Rasulullah s.a.w. sendiri. Sabda baginda, bermaksud: "Sebaik² isteri adalah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila suami melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan ia dapat menjaga kehormatan dirinya dan harta bendamu ketika engkau tiada di rumah." (Riwayat Thabrani daripada Abdullah bin Salam)


 


Rumah tangga dan segala isinya adalah dikatakan "harta" suami dan benteng rahsia keluarga. Adalah menjadi tanggungjawab isteri menjaganya dengan sebaik²nya. Sehubungan itu, Islam melarang keras orang yang mencuri² tengok ke dalam rumah orang lain tanpa izin. Sabda Nabi s.a.w.: "Kalau ada orang yang menengok² rumah kamu tanpa izin, lalu engkau melontarkan batu kepadanya sehingga pecah matanya, tidaklah engkau berdosa." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


 


Rahsia Bilik Tidur


Inilah rahsia utama seperti yang diketahui setiap pasangan suami isteri. Rahsia yang berkaitan hubungan kelamin suami isteri ini hendaklah disorok dan hanya menjadi rahsia antara mereka berdua sampai bila². Adalah haram dan berdosa hukumnya kalau salah seorang dari mereka menghebah²kan aktiviti seks mereka kepada orang lain.


 


Rahsia bilik tidur adalah milik eksklusif suami isteri. Ertinya hubungan kelamin suami isteri jangan sampai ke pengetahuan, pendengaran dan penglihatan orang lain walaupun anak² sendiri. Sebab itu Islam mensyariatkan agar dipisahkan tempat tidur anak² seusia umur tujuh tahun dan lebih bertegas dalam soal ini ketika anak² mencapai usia 10 tahun. Walau bagaimanapun, sebaik²nya proses "pemisahan tempat tidur" harus dimulakan lebih awal iaitu seawal usia mumayyiz; ketika anak telah dapat membezakan antara perkara baik dan buruk.


 


Contoh yang diberi Rasulullah saw, seorang anak yang sudah mengenali mana tangan kiri dan tangan kanannya.


 


Hikmahnya banyak sekali. Selain memelihara hubungan suami isteri, anak² juga dilatih tidak terlalu bergantung pada ibu ayahnya, berdisplin dan kendiri. Bilik tidur merupakan benteng terakhir rahsia rumah tangga. Kalau anak², cucu-cicit dan sebagainya mahu berbicara dan meminta sesuatu, mereka dikehendaki memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu.


 


Terutamanya pada tiga waktu yang wajib dijaga oleh pasangan suami isteri, demi kehormatan mereka dan anggota keluarga yang lain. Sebagaimana disebutkan di dalam al-Quran, tiga waktu tersebut ialah sebelum Subuh, sekitar waktu Zuhur dan selepas Isyak. Waktu² ini sama ada suami isteri sedang bersama ataupun salah seorang dari mereka sedang berehat, bersantai atau tidur di dalam bilik tidur.


 


Jika anak² yang masih kecil pun harus diatur dan dididik menghargai dan menghormati waktu istirehat ibu bapa, apatah lagi orang² yang tidak berkenaan langsung. Oleh itu, kurang sesuai untuk bertamu ke rumah orang di waktu² itu dan waktu tertentu yang lain.


 


Rahsia Berhubung Soal Maruah


Maruah melibatkan aurat, aib dan kelemahan. Firman Allah SWT, maksudnya: "Adapun wanita² yang solehah itu ialah wanita² yang patuh (taat) dan memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya sebagaimana Allah telah memelihara mereka." (An-Nisa: 34)


Ustaz Ahmad Sonhaji di dalam menafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa "wanita yang memelihara kehormatan diri semasa ketiadaan suaminya" (di rumah) itu maksudnya:


a. Isteri tidak berlaku curang terhadap suami.


b. Tidak mencari hiburan di luar rumah.


c. Tidak menduakan suami.


d. Memelihara rahsia rumah tangga suami jangan sampai diketahui orang.


e. Memelihara harta benda suami jangan sampai hilang.


 


Disebutkan di dalam kitab, Umamah binti al-Haris telah berpesan kepada anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan; antaranya: "Jangan membuat maksiat kepadanya (suamimu), jangan menyebarkan rahsianya, kerana jika engkau melakukan kesalahan atau menyusahkan hatinya dan menyebarkan rahsianya, engkau tidak akan aman kerana telah khianat kepadanya. Kegembiraan yang harus kau terima pula akan menjadi mendung."


 


Rahsia Berhubung Nafkah


Di dalam tafsir Al-Azhar karya Prof. Dr. Hamka diterangkan, "Para ulama memperluaskan lagi, bukan sahaja menyimpan rahsia hubungan suami isteri di bilik peraduan, bahkan juga kekayaan dan kesanggupan suami dalam memberikan nafkah harta benda, hendaklah dirahsiakan juga. Jangan dikeluhkan kepada orang lain jika terdapat kekurangan."


 


Permasalahan dalam soal sara hidup hendaklah dibincangkan sebaiknya. Cari jalan dan amalkan sikap berpakat. Jangan membuat tindakan dan keputusan yang merugikan baik pada diri sendiri ataupun pada anak². Jangan sampai masalah yang belum diikhtiarkan penyelesaiannya pun telah menjadi bualan, umpatan orang. Lalu rahsia rumah tangga kita malah seluruh kehidupan kita goyah dan senget.


 


Suami memang wajib memberi nafkah atau perbelanjaan untuk isteri dan anak²nya. Pemberian ini adalah mengikut kemampuan. Jangan dia dicop sebagai suami yang bakhil dan kedekut. Dan jangan pula terlalu boros dan bermewahan.


 


Orang yang terbatas rezekinya digolongkan sebagai orang yang tidak mampu. Pun begitu dia wajib juga memberikan nafkah menurut keterbatasannya itu. Allah tidak akan memaksa seseorang melainkan sekadar apa yang dia mampu. Nasib orang di dunia ini tidak sama. Ada kaya, miskin, mampu atau kekurangan namun makan minum disediakan Tuhan juga. Kefahaman dan kesedaran ini harus disimpan kemas di dalam dada sebagai rahsia bersama.


 


Banyak sudah rumah tangga yang kucar-kacir dan berantakan yang disebabkan oleh suami atau isteri tidak pandai menjaga rahsia diri sendiri mahupun rahsia rumah tangga mereka. Berlaku juga keadaan di mana ada perkara yang tak patut menjadi rahsia, dirahsiakan. Sebaliknya pula sesuatu perkara yang sepatutnya menjadi rahsia, tidak pula dirahsiakan malah dijaja dan tersebar merata.